Blogger Template by Blogcrowds Blogger Layouts

Exora mcm BEST!


Salam...

IPGM aku bru je lepas memeriahkan Sambutan Hari Guru 09. Mmg best woo...ader band, ader karaoke dan mcm2 lg laa. Sukan ragam pun best gak coz aku yg main, hahaha! Walaupun kalah tp aku hepy r coz tgok lecturer jd budak2, huhu!

Aku bukan nk cite pasal tue...nk cite pasal Exora nie, haha!
Best woo Exora...aku pun bru tau ke'best'annye. Nie ader video kt bawah...tgok laa sendiri! daa~




SELAMAT HARI GURU!!!


Emm...selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru-guru / cikgu-cikgu / pensyarah-pensyarah dan semua yg penah berjasa kepasa saya selama ini...

Tp...sebelum kite pi jauh, nk uji sejauh maner tahap pemikiran seorang guru bagi anda yg sedang membaca~

Al-kisah~


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 26) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata ,

"Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran yang ish2...jangan aju soalan tue kt skola udah ler!!! Budak2 skang ader advance skit... =)

Hehehehe...aper2 hal pun, selamat hari guru. "Guru Pembina Negara Bangsa"

Kursus bersama En. Aru~

Berjumpe lagi...
Untuk kali ini...aku nk share skit pasal diri aku nie, hehehe!
Memandangkan skang nie aku ader Kursus Kepegawaian PISMP ambilan Januari 2007, aku terlalu letih plak. Maklum laa...kena pi saner pi situ, terbang saner terbang situ =p Kena uruskan peralatan olahraga dan lain2 nye. Nk jd cite...surat peralatan pun aku x sempat nk kasi kt En Adib selaku ketua Jabatan PJ, huhuu! Harap dier x mare laa... (En...makan encik~). Tp, overall kursus aku ni bermanfaat laa...aku leh jadi pegawai yang berkaliber dan peserta acara lompat jauh n lari 4x100m...laju wooo, hahahaha! (gelak jahat...ahem~). Kat bawah nie aku punye 'kehaibatan' melompat...pas nie senang skit nk melompat pi maner2~





Saat nie gak...aku rase si dia dh sampai ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Amek flight kul 2 pagi td n myb sampai area 9 or 10 pagi tadi. x lame...8 jam je~ Moga dier tenang mengerjakan umrah. Tp td area 2 petang dier call plak...nk bgtau dh sampai agaknye...tp malangnye ak x agkt coz no Mxs tgl kt bilik n no clcm aku plak batt dier kong, huhuhu! x per...nti ader rezeki dapat laa bercakap lg. Aper laa keadaan dier saat nie...???



Sok ader laa acara kemuncak Kursus aku nie...doakan aku yea. Amin! Menang dapat cawan IPGM yg limited edition, hehehe!

Salam~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...saat nie, aku terharu kepada sesiapa rakan2 atau sape2 je laa yang termasuk ke, terbace ke, terklik ke kat blog aku yg biase2 nie, hehehe! Thanks bro!!!


Aku rasa bila ehem2 aku nk berangkat ke Tanah Suci nie...aku rase kerdil n sunyi plak. Pada hal 10 ari je tp tah laa... nie name dier kerinduan agaknye. Patut laa biler sesorg tue rindu...mcm2 bende2 pelik dier nk buat, hehehe! Macam makan x igt dunia, merapu sambil makan karipap kt Mobil On the Run tue dan so on.... =p



15 May 2009...aku rase tarikh nie besar ertinya pada ehem2 aku tue...smlm bru accompany dier pi Jusco Taman U bersama rakan baik @ nyah yg x nyah (krang btul2 jd bru tau, hekhek!) saudara Mohd Ikhwan Sulaiman. Teman dier celeb bdy yg biase2 n makan coz cian dier...x mkn lg sejak tghari. Dier masak pas tue penat tertido plak...bgun2 je, rakan2 baik serumah pakat2 dh abes kn nasi...dier igt ehem2 aku dh mkn n kekenyangan...trus tertido. Alahai...'prihatin' nye housemate dier, hehehe! x per2...dier pun x mkn laa. Beras dh abes kot nk masak nasi smule. =) Pas tue kami pi beli kek skit n teman dier shopping2 (kaki shopping laa katekn, huhu).

So...x der aper nk share just lagu2 kt bawah nie~





Koleksi Vagetoz yang lain.
Download mp3 & lirik lagu Vagetoz Taubatku
Free Download MP3

Kita berjumpe lg...hehehe! Skang aku saje nk peringatkan diri aku n kawan2 aku yg lain. Maklumlah, manusia nie kena saling ingat-mengingatkan. Btul x??? Nie aku dapat dari akhbar Metro pasal Solat 2 rakaat. Bace laa n selamat beramal...



ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.

Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Tidak.”

Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rekaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.

Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rekaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.”

Kemudian Jibril a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal.”

Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:

  • Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.

  • Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

  • Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.

  • Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ramadhan.

  • Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).

  • Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.
  • UMRAH AKU PERGI~


    Emm...saje je aku tulis mcm tue, hehehe! Actly, bukan aku yg pi pun tp aku punye ehem2 yg nk pi Jumaat nie (15/05/09). Hari tue istimewa untuk dier coz pada hari tue gak adalah tarikh lahir dier. Hari tue juge dier akan merasa pengalaman ke tanah suci. Alahai...bestnye dier. Tue laa...padan muke aku, dulu suruh simpan duit x mau skang just tgok org pi je laa. So, kerana hari tersebut adalah hari best untuk dier...aku nk gak pas sumthing b4 dier fly. Tgu je laa...benda dh ader cume nk anto je, hehehe! Aper2 pun...harap dier sudi terima. Dgr2 dier naik fly dari Singapura...dekat kot if dari UTM. Klu nk pi KLIA jauh n last2 dier singgah gak kt Changi International Airport kt Kota Singa tue. Aper2 pun, aku sentiasa doakan yg terbaik untuk dier n sume rombongan. Moga dapat pengalaman paling bermakna kt Tanah Suci. Dapat be
    ribadat ngan tenang n dapat bawa balik ole2 utk aku nanti, hehehe! Pergi n pulang dengan selamat, InsyaAllah.

    Dengan harapan pada tarikh tersebut, aku dapat bersama-sama dier kt area Taman Molek,Tampoi. Dapat lambai dier n kasi kata-kata semangat sebelum dier berangkat. Walaupun x dapat bersama mengerjakan umrah (coz aku x simpan duit, huhuu!) tetapi jika diizinkan satu hari nanti aku dapat pergi bersama-sama dier. =)

    Nak dijadikan cite plak...Jumaat tue aku dari pagi sampai malam ader kursus kepegawaian. Tak tau laa sempat pi ke idak, huhuhu! Cedeynye...tp, klu x dapat pun aku harap dier faham n nak dier tau doa aku sentiasa untuk dier. Amin~

    p/s : x per...camera aku dier pinjam...kire pengganti aku laa tue, hehehe!


    Selamat berangkat ke Tanah Suci dan mendapat keberkatannya. Salam sayang~

    Funky Nite at UTM

    Ehem2...hehehe! Gambo bertarikh 30 Mac 2008..Aku ngan beraninye memulakan blog nie ngan gambo di atas. =p
    Nie laa gambo yg aku suke...mcm retro kn?
    Gambo aku ngan ehem2 aku laa...mase nie aku dtg function kt U dier.Best gak laa func tue...'Funky Nite'.Sanggup wei dtg naik moto...tp x per, best laa kn. Dpt tgok org nyanyi2, dpt anugerah, mkn2 dll.Aku plak mule2 blur laa gak kn...maklum laa org luar. Tp, wat muke seposen je laa~ haha..

    Mlm tue aku balik ader gak laa nk dekat 12am. So, klu dh smpi lewat mlm kompem2 laa gate kt mktb aku tue dh tutup. Terpakse laa menapak msuk dalam...moto park luar, huhuhu! =p


    Aper pun...aku enjoy pi saner...thanks Waheda~ =)



    Alaa...nk gak bergaye aku nie, huuhuhu! Bukan slalu pun kn? =p
    Aku sempat gak laa bergambo b4 nk balik. Mcm 'kembang' ckit plak org kt sblh aku nie...perut kenyang kot, hehehe! Aper2 pun, dier nmpk vogue mlm tue! Sweet~ Mmg bergaye laa diorg2 nie, aku gak yg biase2 je... =)

    Newer Posts Home