Blogger Template by Blogcrowds Blogger Layouts


Salam...pas gua balik skola n pas penat gua dok belit kn budak2 gua, skg gua nk menulis plak kt blog gua nie. Nie pasal abg gua laa yg atas gua tue...dier dah beso pnjang n dh leh jd bapak org pun. So, b4 jd bapak org...dier kena r merisik n bertunang anak org tue. Majlis berlangsung pada 12 Julai 2009 4 ari selepas birthday bro gua. Mmg dier nmpk bersemangat n bersungguh2 menjayakan mjlis yg julung2 kali family gua melibatkan diri. Sebelah paginya ada laa skit kenduri n tahlil serta doa selamat b4 berangkat hantar rombongan kt Kg Peringgit, Melaka. Sebanyak 8 biji kenderaan gak r termasuk saudara mara, jiran2, sahabat handai termasuk laa sidang Joe kg aku...sampai area 2.30pm n gua pun memulakan tugas sebagai jurukamera x bertauliah. Gambo yg gua upload nie dr cam digital Samsung gua...kamera DSLR Nikon milik sepupu gua x sempat nk upload r coz gua dh balik JB. Tue nti2 r... So, enjoy laa tgok pic2 gua upload nie. x yah komen coz gua x suruh komen pun, haha! Ok...adios berambus~


Nie gambo time kenduri kt umah gua b4 Zohor...org2 surau pun dtg gak~

Nie plak gambo pas sume dh kenyang...mkn ketupat n nasi impit je. Tambah plak buah2an tempatan n kuih muih. Simple sudey~ Pat tue kena kasi space skit nk melantak kt umah perempuan plak, hekhek!

Nie r DSLR yg gua pakai...blaja laa ckit2. Kire nie 2nd job r amek kt majlis2 gini, huhu! Teka r model per...hua tau, malas nk bgtau lu!


Doa selamat pas selesai perbincangan...siap pantun2 tok imam tue, maklum laa Negeri Melaka penuh adat. Mase bace doa laa gua snap giler2 punye smpi tok imam pinau mate tgok cahaya flash gua, hahaha!


Last but not least, bakal akak ipar gua, InsyaAllah klu ader jodoh. Kak oo kak...cepat la ek bro saya masuk pinang akak. Cepat saya dapat anak buah, hehe! (Tibe2 gua pakai 'saya' as tanda hormat laa beb). Nie gua buli kaw2 punye...biar akak tue cium tgn mak gua smpai lebam, haha!

Aper2 pun...tahniah laa pada abg gua n sume yg terlibat. Moga ada rahmat n cepat2 disatukan, InsyaAllah. =)


Kepada si dia yang banyak berkorban n sentiasa memahamiku, terima kasih untuk segalanya. Hope leher tue dh ok~ =p


X PERLU LAA STRES BRO!


Salam dan selamat sejahtera rakan-rakan semua,

Rasenya...dh lame gak aku x menulis dalam blog nie. Mayb blum abes mood cuti tue agaknye, hehehe! Skang nie untuk makluman, aku sedang menjalani praktikum / praktikal kt Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas, Skudai Johor. If senang2 nti, aku share laa ckit pasal skola aku yg best tue. Budak2 call me Sir Asrul...mcm kerek plak bunyi dier kn, hahaha!

Sebelum aku mengganas untuk menulis dan menulis, nk share sumthing yg best aku dapat nie. Harap kepada kawan2 yg tension2 or depression tue, rajin2 laa amalkan tips-tips berguna kt bawah nie ek...

Ada pelbagai cara mudah untuk menukar angin yang kurang baik (bukan buang angin yea), sekali gus membangkitkan semangat serta meningkatkan kesihatan. Anda x perlu ke tepi Sungai Nil atau pi Paris...cukup dengan di sini je.

  • Ketawa memang terapi yang baik. Kajian mendapati ketawa dan kegembiraan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh terutama dari segi pengeluaran sel pembunuh semula jadi yang membantu mempertahankan tubuh daripada penyakit.

    Ketawa meningkatkan pembebasan endorfin iaitu sejenis bahan yang memberikan rasa kesejahteraan di dalam otak. Mereka yang gembira lazimnya menikmati kehidupan yang bukan saja menyihatkan, malah mungkin lebih lama.

  • Sentuhan manusia antara lain boleh meningkatkan pengeluaran endorfin dan hormon pertumbuhan yang boleh mengurangkan kesan negatif akibat tekanan. Kajian mendapati pesakit yang sentiasa menerima sentuhan akan pulih lebih cepat berbanding mereka yang tidak disentuh. Berikan pelukan untuk yang tersayang kerana ia bukan saja boleh meningkatkan semangat dirinya, tetapi diri anda.

  • Bernafas dengan betul memang penting untuk menyingkirkan toksin dan sisa dari dalam tubuh. Malah, dianggarkan manusia menyingkirkan hanya kira-kira 30 peratus toksin dalam tubuh menerusi usus dan pundi kencing, selebihnya menerusi pernafasan.

    Bernafas juga satu cara yang baik untuk menenangkan minda, meningkatkan tenaga serta memperbaiki semangat diri. Cuba bernafas dengan perlahan, mendalam serta berirama setiap hari.

  • Bau-bauan mempunyai kesan terhadap tubuh dan minda. Apabila saraf di dalam hidung dirangsang, ia akan merangsang suatu sistem di dalam otak yang dikaitkan dengan perasaan dan daya ingatan.

    Konsep ini memainkan peranan penting dalam aromaterapi yang menggunakan kuasa pemulihan daripada tumbuhan yang memiliki bau-bauan kuat.

    Aromaterapi turut menyarankan rawatan kemurungan menggunakan tumbuhan seperti bunga melur, eucalyptus dan limau gedang untuk membantu meningkatkan kepekaan serta kegembiraan. Bauan seperti oren dan lavender juga membangkit semangat yang positif.

  • Ada sebab bunga dijadikan bahan perantara untuk seseorang cepat sembuh. Bungaan yang berwarna-warni mempunyai pengaruh yang kuat bukan saja terhadap perasaan dan semangat seseorang, malah membantu melawan tekanan.

    Satu kajian menunjukkan ketika tugasan menaip selama minit, mereka yang duduk bersebelahan jambangan bunga lebih relaks berbanding mereka yang duduk berhampiran tumbuhan yang hanya mempunyai daun.

  • Makanan laut banyak mengandungi mengandungi dua jenis asid lemak omega-3 iaitu asid eicosapentaenoic (EPA) dan docosahexaenoic (DHA).

    Dalam tubuh manusia, kadar DHA yang tinggi pula dikaitkan dengan peningkatan dopamin dan serotonin iaitu bahan kimia otak serupa yang dirangsang oleh ubat-ubatan antikemurungan.

    Menurut Pemangku Ketua Kimia Saraf Pemakanan, Institut Penyalahgunaan Alkohol Amerika, Dr Joseph R Hibbeln, seseorang itu lebih terdedah kepada masalah murung, gelisah dan mudah marah apabila mereka kurang menikmati sajian berasaskan ikan.

  • Susu baik untuk minda kerana ia kaya dengan tryptophan, sejenis asid amino diperlukan untuk pengeluaran serotonin yang merangsang perasaan seseorang.

    Bagaimanapun, tubuh tidak boleh menghasilkan tryptophan dengan sendirinya. Oleh itu, ia harus diperoleh daripada sumber lain seperti susu yang kaya dengan asid amino.

    Selain susu, makanan lain seperti dadih, keju, telur, pisang dan kekacang juga membekalkan sumber bahan berkenaan.

  • Tidur juga cara yang baik untuk melegakan tekanan, malah penyelidik mendapati mereka yang mengalami gangguan tidur mempunyai kecenderungan untuk mengalami kemurungan lima kali ganda berbanding mereka yang tidur lena.

  • Kekurangan cahaya matahari boleh mengakibatkan kekurangan vitamin D manakala kajian menunjukkan tahap vitamin D berada pada kadar 14 peratus lebih rendah di kalangan mereka yang mengalami kemurungan.

  • Mendengar muzik juga antara terapi yang elok kerana kajian menunjukkan mendengar muzik selama sejam sehari selama seminggu boleh membantu mengurangkan petanda kemurungan sehingga 25 peratus.

  • Tingkatkan 'hormon keremajaan.' Kajian mendapati mencangkung dan menekan kaki boleh meningkatkan pengeluaran 'hormon keremajaan' semula jadi di dalam tubuh. Peningkatan hormon pertumbuhan boleh meningkatkan perasaan selain faedah fizikal yang lain.

    Jika sudah biasa melakukan senaman seperti angkat berat, membengkokkan lutut, tekan tubi dan mendayung, teruskan senaman menyihatkan itu.

  • Mereka yang biasa berlari kurang mengalami masalah tekanan melampau atau ketidakpuasan hati, menurut kajian Jurnal Perubatan dan Sains Sukan, Scandinavia yang membabitkan kajian di kalangan lebih daripada 12,000 orang. Senaman berterusan memudahkan seseorang menyesuaikan diri dengan tekanan serta meningkatkan pembebasan hormon seperti noradrenalin, serotonin, beta endorfin dan dopamin yang membantu meningkatkan perasaan yang baik. Selain berlari, disarankan senaman berjalan pantas atau sebarang senaman kardiovaskular selama setengah jam, lima kali seminggu.

  • Ok...dh leh start skang. Aku suke yg no 2 tue...mcm best plak bunyi dier~ =)


    Emm...

    Best tul laa coz aku dh kt umah skg nie, hehehe!

    Melaka mmg best! Aku balik smlm bersama-sama saudara Kuchai yg kacak. Pas tue lepak sat umah dier makan nasi lemak yg best n pi jumpe Apit kawan Kuchai lalu kami minum2 di K5. Kt saner...aku terjumpe Bell r. Kenal Bell x?? alaa...budak TESL Coh. 2 tue...skali dier nk karaoke daa...open plak tue.Kire klu dh tahap gitu punye open, ternyatalah suara dier sedap bak. Merdu2 mcm M. Nasir tue or garau2 mcm Mawi. Tp dier x garau laa, hehehehe! =p (jahat mulut ko nyah!)


    Nak buat aper ek cuti 2 minggu nie...igt nk pi Kelantan coz Palo kawin. Tp, cara gak klu aku pi Kajang je mase dier angkat nikah. Sape laa nk follow aku nie, huhuhu! Aper2 pun nti aku roger Capix laa coz dier jd photographer kt saner. Capix...aper macam???


    Nk jadi cite...aku punye laa hangin satu badan biler tau b4 balik ari tue bilik aku x jadi stor. Spoil keta btul laa...dh parah aku nk clear bilik n kemas2 barang. Sampai kul 6 petang gak laa aku dok kemas2 n pas tue trus balik. Biase klu stor leh je packing n letak dalam locker, pas tue lock. Baru laa care... Hope komputer aku selamat laa kt bilik stor tue, huhuhu!


    Lagi satu...Sabtu 30 Mei 2009 ader konsert Lefthanded kt Stadium Negara. Care gak klu dapat pegi tapi x der kaki r...tiket ader laa dalam RM40 klu x silap. Dgr2 Amy Search pun ader gak...alaa~ bestnye...kt JB ari tue x dpt pegi tp nasib baik ehem2 aku ader n dier laa sudi teman kan aku, hekhek! Dgr2 gak dier dh beli HP baru...Nokia agaknye. Banyak plak duit dier...maklum r org pandai simpan. Aku pun nk simpan gak laa so kena blajo x kuar umah. Dok terperap je sambil mkn karipap..haha!


    Aper aku dh giler nie...ok laa! Chow~

    BARCA laa wei...hahaha!

    Hehehe....
    entry nie saje nk wat kipas susah mati ManU yg terlalu mengagungkan kelab "syaitan merah" tersebut panas ati. Jgn mare2 ea...hehehe! Saje usik2 bulu ketiak korang.

    Pg nti ader laa Liga Juara2 yg paling aku tgu...yea r, aku Arsenal so Arsenal dh awal2 gulung tikar masjid so aku berpaling tadah sokong Barca coz aku sejak lahir alergic skit kt ManU...yea r, syaitan sape nk sokong. Btul x? So...awal pg nti...aku dapat rase kn ManU kena Ganyang...mau gak r 3-1. Care x tangapan awal aku nie, huhu!

    Tp...klu ManU menang skali pun...aku pasti x kan puas ati coz ManU ader pelakon terkenal @ Ronaldo. Lgpun...aku x nak r tgok si Devil tue pertahankan gawang sampai 10 org pertahanan. Baik main guli mcm tue...mmg r strategi bertahan n main counter attack tp aku x mau r tgok ko bertahan n buang bole je...main bola laa wei, aku bayar laa!!! (ceh...teremosi plak...). Aper2 pun...aku dipihak E'to mlm nie...maklum r, anti MU. huhuhuu...

    Pada sape2 yg anti ManU...leh laa komen kr bawah nie, hahaha! (ketawa syaitan)

    Peace...no war!



    Salam...


    Berjumpe lg kawan2 n sape2 yg termasuk blog aku nie, huhu!
    Mule2...aku nk cakap nie, mcm dh lame je x menulis dalam blog. Aku balik kg laa, melepaskan tekanan exam nie, hehehe! x laa...aku balik anto moto je. So, mgu depan dh start cuti n aku balik tumpang keta orang, Haji Kuchai =p

    Nie baru sampai maktab, mule2 je aku usha blog aku nie. Rase2 malas plak nk tulis tapi x per laa, skali skala x study (x terjawab krang mampos aku...hope dapat jwb paper killer sok, huhuhu!).

    Masuk ari nie dh hari ke 9 my ehem2 mengerjakan umrah. Rase mcm dh lame x jumpe dier. Yea laa...mase dier ader, rase tiap2 saat r msg tp nie jarang2 je. Btul laa org kate, biler sesorg tue dihilangkan sekejap, datang rase kepingan nk jumpe wlupun kadang2 kita x penah nk menghargai atau bersyukur. Tp, aku bersyukur coz walaupun dier jauh tp kadang2 dier ader msg n call. Call ader gak sekali ari tue...waa, hepy giler dapat dgr suara dier. Cian gak coz dier kate kt saner dier berdarah hidung n pening2. Myb terlalu panas agaknya...msg dier yg aku dapat petang td pun dier tanye pasal myself n my examination. Alhamdulillah...dier chat2 saje n sok mungkin berangkat pulang ke tanah air. Moga selamat perjalanan yea kamu!

    Mase kt umah...aku rase byk menghabiskan berehat je kot. Lagi2 saudara Lambak ader bersama coz dier yg tolg ride kn moto my ehem2, huhuhu! Thank Lambak...nti senang2 dtg r lg umah aku..kite rematch PES. Aku tau ko x puas ati ngan kehebatan aku kn, hahaha! Teringat ko dok luar tgh2 mlm coz aku tertido n umah kunci plak...hehehe! Nasib baik aku terjage klu x mengasai laa ko dok luar berkawan ngan nyamuk. Silap2 influanza A pun lepak ngan ko skali, hehehe! Teringat gak detik2 b4 kite pi karaoke n bro yg x tutup zip tue. Aku harap next time dier pasan zip dier x tutup n hope memberi peringatan pada kite gak as lelaki yg berzip, hekhek!

    Aper aku melalut melutut nie...dh laa, nk solat. Pas nie nk study. Sok nk dapat A. Salam~


    emmm...
    seperti sume sedia maklum, mgu nie adalah minggu xm aku. Start ari nie ngan paper Ilmu Pendidikan EDU3106 Budaya & Pembelajaran, diikuti rapat SCE3109 Energetic Chemistry sok (210509) dan minggu depan paper Physics SCE3110 Earth & Space (250509). Selasa (260509) plak adalah paper PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran P&P Pendidikan Jasmani dan Sukan dan paper terakhir adalah ELE3103 English for Language Teacher yang aku pun x bape nk paham n kuasai, huhuhu!

    xper...Roy tarik nafas dalam2. (fuh~ hukhuk!!!) yang penting aku dh wat yg terbaik untuk paper IP td n tgh nk fokus paper 'kegemaran' ramai iaitu Chemistry, hehehe! Doakan aku yea sepanjang em nie dan dapat jawab dengan tenang dan lulus cemerlang, InsyaAllah.

    Yang sedeynye, mgu nie Sabtu aku ader kenaikan bengkung untuk silat gayong tp malangnye aku nk balik r. Anto my 'superbike' n my gf's scoot. Ngan rase terharunye saudara Lambak @ Khirul Fadhli sudi menemankan aku dengan secara rela membawa kn moto ehem2 aku balik skali. Pas tue moto aku n ehem2 aku tue tinggal Mlk r. Aku balik JB ngan bas. Tq Mr Lambak @ pakar lutut antarabnagsa, hehehe!

    x per...aku hepy, tp letih r. Nk tido sat...hahahaha! Tq sudi bace...daa~


    Newer Posts Older Posts Home