Rase x terlambat ak nk ucapkan MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA!!! Jiwa ak masih belum merdeka sepenuhnya selagi ak x lakukan sesuatu kepada negara tercinta ak nie. Tp, mlm td ketika mengambil angin malam meraikan Ambang Merdeka negara kali ke-52, (alhamdulillah dh 52 tahun berlalu upernye..) ak masih berfikir ke mana hala tuju anak2 bangsaku pemuda & pemudi yg menunjukkan semangat kemerdekaan dengan berarak dengan motosikal dan melakukan aksi2 yg 'mendebarkan' di atas jalan raya. Bunyi2 bingit ekzos tanpa silencer membuatkan jiwa anak2 muda ini bangga dan terus memecut membelah kesibukan Bandar Melaka. Terpaut pemudi2 di belakang setiap pemuda itu, cantik ciptaanNya tetapi bagi ak keluar larut mlm begitu agak kurang manis tp ak berfikir positif bhwa mereka juga mahukan kebebasan...asalkan tahu arah tuju n tidak hanya menjadi titik noda dalam lipatan sejarah mereka. Cukup laa ak membebel x tentu hala...
Sat lagi ak nk balik semule ke JB, sambung blaja setelah 2 bulan di sekolah. SKTIE yang ak sayang sgt krn guru2 dan murid2 yg begitu mendukung amanah yg dipikul. Guru mengajar dan murid belajar...simple n easy to understand bro! Aper2 pun...harap semua perkara di IPGM akan berlangsung dengan baik lagi memberi ketenangan padaku, huhuhu! Betulkan niat dan ikut laa resmi padi, Roy... jgn mls2 dan terus mengukir senyuman walaupun ia adalah sebaliknya..
Jiwa aku telah direveal kt paparan di bawah...saje nk kongsi untuk motivasi aku, hehehe! Harap dapat bace laa yea...moga kita akan lebih erat kerana tanpa kamu siapalah aku~
Personaliti :
Leo
Dia seorang yang agak tinggi, kurus, gerakannya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik, dan rambutnya ikal. Bibirnya mungkin nipis. Petah berkata mungkin. Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat, ini membolehkannya maju dan memimpin. Dia juga suka menjadi popular dan dipuji. Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting. Bila dia terlibat dalam hal romantik, dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda. Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah, tapi pasangannya perlulah menghormatinya, dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya, jangan mudah anda melihat atau mengerling lelaki lain. Dia cemburu walaupun dia tidak menunjukkannya. Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat, dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.
p/s : Gigi aku yang putih bersih tue bukan di edit melalui photoshop, asli bro~ =p
Aku suke laa lagu nie...nk share ngan kawan2~
The Rock Feat Ahmad Dani - Munajat Cinta
Malam Ini Kusendiri
Tak Ada Yang Menemani
Seperti Malam Malam
Yang Sudah Sudah
Hati Ini Selalu Sepi
Tak Ada Yang Menghiasi
Seperti Cinta Ini
Yang Slalu Pupus
Reff :
Tuhan Kirimkanlah Aku
Kekasih Yang Baik Hati
Yang Mencintai Aku
Apa Adanya...
Mawar Ini Semakin Layu
Tak Ada Yang Memiliki
Seperti Aku Ini
Semakin Pupus...
Leh laa layan kt bawah nie...
RAHSIA PERIBADI MELALUI JENIS DARAH
Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah Institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?
DARAH O
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akanberusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
DARAH A
Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.
Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri.
Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel,mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial.
Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.
Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.
Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.