Blogger Template by Blogcrowds Blogger Layouts

LELAKI BERAJA DI HATI...


Salam...rasanya pas balik dari skola, mud aku mmg baik. x tau naper walaupun td rase2nye lectr ader tegur aku mase mengajar (or lebih spesifik lg aku malas tulis refleksi), tp aku x kesah coz aku rajin tulis kt blog aku nie, hahaha! Baik En. Sairi, saya akan jd rajin untuk tulis refleksi selepas selesai mengajar. =) Oleh kerana mud aku pun tgh baik n aku pun x der aper nk wat ptg nie, aku nk share skit pasal sifat lelaki dan wanita yg kdg2 aku pun x paham. Pemikiran kaum Adam dan Hawa adalah berbeda dan kesefahaman lagi saling mempercayai pasangan adalah jalan terbaik dalam perhubungan. Bercinte or berkawin nie bukan keja main2 bro!! Aper2 pun...bace luh, maner laa tau yg tgh ader mslh dlm perhubungan tue tibe2 bahagia plak, hehe! Maklum laa...cikgu kn menerangkan yg gelap. Tp, kulit gelap x leh nk tolg laaa... carik Fair & Lovely ler!

  • Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet memilih gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati, sedangkan lelaki anggap soal makan agak mudah, boleh makan di mana saja. (P/s: Aku x kesah pun makan maner2 tp tmpt tue bersih laa skit, jgn plak ko mkn n tikus makan sebelah ko! Mau aku tempeleng owner warung tue. Lagi satu kedai mamak aku x masuk sgt laa...rimas r tgok bulu kt tgn dier, hehe!)

  • Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak memikirkan perkara penting. (P/s: Ha ah...kdg2 aku nie pikir gak dh berapa kali ombak pukul pantai, daun berguguran dan bulan bertukar fasa...penting aper~)

  • Wanita suka diberi perhatian dan ada kalanya manja tidak bertempat. Sikap ini menyebabkan mereka 'syok sendiri' dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka mungkin merajuk. (P/s: Nie aku x setuju sgt...aku suke pmpn yg manje2 mcm ehem2 aku tue, hikhik! Tp kena natural laa...jgn mcm lakonan Pilih Kasih tue or nk menunjuk2 kt org lain...btul x? Klu awek org yg buat2 manje depan aku pun aku kutuk giler2 punye, hahaha!)

  • Ada wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki. (P/s: huhu...yg tulis nie mmg memahami lelaki. Tabik r~)

  • Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati. Wanita harus terima hakikat itu. (P/s: Tue dh mmg namanya lelaki coz laki2 nie x banyak ckp. Klu dh mule cakap masak r pmpn tue coz laki ckp x cover2, direct to the point n kate yg penting2 je...tp aku x gak, kdg2 banyak mengarut dan mencarut, hekhek!)

  • Ada wanita suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, menyebabkan lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka menghabiskan masa untuk tujuan itu. (P/s: aku kena belajar untuk bersabo untuk perkara di atas coz, huhuhu...)

  • Ada wanita terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah 'mengata dan mengutuk' jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki lebih suka mendiamkan diri. (P/s: Setuju...kejadian wanita mmg suke tgok org lain berbanding diri sendiri =p)

  • Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan. (P/s: Kadang2 org kate laki nie kasar...tapi sebenarnye ati baik tau!)

  • Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising, tetapi tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada anak dan isteri. (P/s: Diam2 lelaki ader isinya...tp klu diam2 aku tetap aku yg x berisi)

  • Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal. Jika isteri atau teman wanita melakukan 'kawalan' kepada lelaki, dia akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita. (P/s: Lelaki ader dunia tersendiri, same je ngan wanita. So, laki x suke di queencontrolkn n sentiasa laa bersangka baik dengan perbuatan dan tingkah-lakunya...)

  • Adakalanya wanita kurang bijak menunjukkan kasih sayang kepada suami, tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang. (P/s: No komen tp as org muda laa...org dh berkawin nie ader sesuatu yg diorg pegang iaitu kasih sayang atas nama tanggungjawab pada diri, keluarga dan suruhan agama untuk menyebarkan kemakmuran di muka bumi)

  • Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi ada pula wanita yang suka bergantung harap sangat kepada suami dengan tujuan suami sentiasa berada di sisi mereka. Ini mungkin tidak digemari suami atau teman lelaki. (P/s: Nak selalu bersama ader baiknye, dapat laa release tension. Tp, tgok time gak n keperluan kewangan. Klu si awek tue call nk jumpe n dier kate...'meh laa dtg jenguk2 saye kt sini. Makan, duit minyak, tgok wayang, shopping sume saye belanje...x der hal laa~' Klu laa begini...fuh)

  • Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka serta mengubah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, elakkan perbuatan itu kerana ia tidak memberi faedah. (P/s: x syok laa rase dh tua2 mengajuk. Mengalahkan anak plak mak budak nie, hahaha!)

  • Sesetengah wanita suka bertanya itu dan ini kepada suami atau teman lelaki, tetapi tidak suka kepada jawapan diberikan mereka. Ini membuatkan suami atau teman lelaki bosan melayan soalan wanita. (P/s: Nie yg den x gemar nie. Dier tanye itu dan ini tapi x penah nk hargai malah diperlekehkan plak idea tue...adoi, mmg carik nahas laa gurl mcm nie...)

  • Lelaki lebih menyenangi pasangannya yang mampu membuat keputusan sendiri tetapi jika dirasakan keputusan itu penting seperti kewangan dan lain-lain, lebih baik rujuk bersama untuk mendapat kesefahaman yang lebih mantap. (P/s: berdua lebih baik...tp klu hal mudah2 mcm nk beli kasut kaler aper, x yah la tanye suami or teman laki korg...)

  • Wanita tidak perlu menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka. Kelebihan itu mungkin memperbodohkan lelaki sehingga mereka tidak berminat melayan kerenah wanita sedemikian.(P/s: ko paham x maksud dier...x paham aku, huhuhu! Tp...gurl yg cantik x semestinya cantik luaran semata2, kena juge cantik dalaman. Bahagia idup klu beragama dan mmg cantik mcm tahap Miss Universe, hahaha!)
  • 9 comments:

    Usik2 skit...biar perempuan di luar saner berendam jiwa~

    July 16, 2009 at 5:45 PM  

    Terime kasih cikgu!

    July 16, 2009 at 9:17 PM  

    Terime kasih cikgu!

    July 16, 2009 at 9:17 PM  

    amboi...pandainye cikgu roy mentafsir wanita...bile nak wat post mentafsir aku plak...hehehee

    July 16, 2009 at 10:35 PM  

    Ko x der D...aku hadiah kn ko Tafsir Quran je. Wat penenang jiwa... =)

    July 17, 2009 at 6:52 PM  

    haha..lelaki gn pmnpn kn cm yin n yang..berbeza tp saling melengkapi~
    cewahhh ;p

    July 18, 2009 at 3:06 PM  

    Dya Ilham...tepuk2!!! Org pertama yg komen, hekhek! Stuju2...mmg mcm Yin n Yang. Tp, tue cine punye. Kite anggap laa tue sume dh ditentukan tuhan. Masing2 ader kelebihan n kekurangan. Itu yg wat hub ada cabaran, x mudah2 je. =)

    July 19, 2009 at 6:57 PM  

    huhu..
    nak tau pendapat perempuan terhadap llaki plak x??
    hehehe..
    sy x berdendam jiwa... juz rindu dendem jek.. hikhik

    July 19, 2009 at 11:12 PM  

    Waheda : Amboi...kate2 yg jujur lg ikhlas, hehehe!

    August 8, 2009 at 1:02 PM  

    Newer Post Older Post Home